SELANGOR

Selangor Mega Job Fair buka peluang kepada OKU

OLEH UMIRAH IZRIN

SERDANG, 16 MAC: Lebih 20 syarikat yang menyertai Selangor Mega Job Fair (SMJF), di MAEPS Serdang menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, acara tahunan itu adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri membantu golongan terbabit.

“Program ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh negeri termasuk Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan sebagainya.

“Diharap SMJF akan diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan modal insan yang proaktif, progresif dan berdaya saing,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian SMJF, di sini, hari ini.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

SMJF tahun ini membabitkan agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan lebih 11,000 peluang pekerjaan.


Pengarang :