BERITA UTAMASELANGOR

Selangor terajui negeri berkemahiran tinggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari kini berada di Jerman, bagi mengetuai delegasi Kerajaan Negeri ke negara itu, sehingga Rabu depan.

Lawatan kerja itu turut merangkumi beberapa perbincangan industri konglomerat dan lawatan ke pusat latihan industri antaranya European School of Management and Technology, di Berlin serta Federal Institute for Vocational Education Training, di Bonn College.

Selain itu, beliau juga bakal berkunjung ke Techinical University of Munich dan BMW, di Munich.

Sementara itu, Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor, Dr Ir Muhidin Arifin percaya Selangor akan menjadi negeri maju dan sukar ditandingi, dalam masa terdekat.

“Dato’ Menteri Besar sangat bersemangat untuk memberi impak dan kekuatan segera bagi mengangkat martabat Selangor sebagai negeri maju nombor satu di Malysia,” katanya yang turut mengikuti delegasi berkenaan.

Dr Ir Muhidin turut diberi tugas khas untuk mengkaji dan melaksanakan sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sejajar era Revolusi Perindustrian 4.0, selain memperkasakan program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Mengambil semangat Fiji, saya percaya Selangor akan muncul sebagai penjana utama profesional berkemahiran dalam sektor industri termaju di Malaysia,” katanya.

Fiji diangkat sebagai perintis industri penerbangan domestik yang efisien dan berkembang pesat yang
turut memberi kejutan menerajui teknologi Sistem Penentu dudukan Global (GPS) dalam pengaplikasian sistem pengawalan penerbangan udara.

Dalam lawatan itu, delegasi terbabit turut berkunjung ke Internationale Tourism Borse-Berlin.

Pada masa sama, Amirudin melalui Twitter berkata, acara tahunan itu turut mempromosikan prospek pelancongan yang menyaksikan Malaysia menjadi rakan kolaborasi utama.

“Landasan terbabit dimanfaatkan sebaiknya dengan mengenengahkan gugusan eko-pelancongan Selangor,” tulisnya.

 

 


Pengarang :