Senam Sihat Selangor bakal dilancar 9 April | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Zaim Badrul Hisham

Senam Sihat Selangor bakal dilancar 9 April

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KLANG, 30 MAC: Kerajaan Negeri bakal melancarkan Senam Sihat Selangor, sebagai senaman rasmi negeri, pada 9 April ini.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, senaman khas itu akan dilancarkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan menjadi hak milik rakyat.


“Kita sudah minta pakar senaman koreograf cipta satu senaman yang boleh diikuti semua peringkat umur. Pada karnival ini (Karnival 3W), kita tunjukkan ‘teaser’nya sahaja.

“Kita akan buat lagunya juga dan rakyat Selangor boleh ambilnya di Youtube. Jadi, Karnival 3W akan datang kita tidak akan buat zumba atau aerobik, kita akan buat senaman kita,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui media di Karnival Wellness, Welfare, Women (3W), di Kompleks Sukan Pandamaran Klang, di sini.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata, Kerajaan Negeri turut menjalankan program SLIM Selangor bagi menggalakkan masyarakat menjalani amalan hidup sihat dan mengekalkan berat badan ideal.

“Mereka yang ingin kurangkan berat badan, program itu akan bantu dan bimbing secara berterusan sehingga mencapai sasaran,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next