SPRM tahan pegawai kanan FGV | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

SPRM tahan pegawai kanan FGV

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini, pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan bagi mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kata sumber itu, lapor BERNAMA.


Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next