SELANGOR

Sultan Sharafuddin sambut baik pelaksanaan kursus latihan anak istimewa

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri yang melaksanakan kursus latihan kemahiran anak istimewa kepada pengasuh taska, di negeri itu.

Baginda bertitah, usaha itu berupaya meningkatkan capaian penerimaan, khususnya terhadap anak berkenaan.

Sultan Sharafuddin bertitah, rakyat menyambut baik keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan kurang upaya, di Selangor.

“Peruntukan sejumlah RM3 juta sudah dibuat untuk program intervensi awal anak istimewa ini.

“Beta juga difahamkan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM500,000 sebagai dana bantuan khas kepada anak istimewa Selangor dalam membantu mereka menampung kos pemulihan, pembelian peralatan pemulihan dan keperluan lain, pada waktu kecemasan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) Selangor ke-14, di Bangunan DNS, hari ini.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, turut berkenan menghadiri Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Selangor Penggal Kedua ke-14 itu.

Baginda turut bertitah, anak istimewa itu adalah anugerah Allah SWT dan difahamkan 80,000 rakyat negeri itu sudah mendaftar sebagai Orang Kelainan Upaya.


Pengarang :