PENDIDIKANSELANGOR

UNISEL terima kunjungan pelajar STIKes KESOSI, Indonesia

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 MAC: Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan 15 pelajar dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Kesetiakawanan Sosial Indonesia (STIKes KESOSI) Jakarta, Indonesia menerusi program ‘Inbound Mobility 2.0’.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata, program itu berlangsung selama dua minggu mulai 17 Februari hingga 4 Mac lalu membabitkan pelajar tahun pertama bidang makmal perubatan.

“Program ‘Inbound Mobility’ anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat ini bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia-Indonesia selain memberi ruang pertukaran ilmu serta pengalaman kepada pelajar juga pensyarah.

“Ini adalah kali kedua UNISEL menerima pelajar dari Indonesia bagi program ini selepas kali pertama kunjungan daripada pelajar Politeknik Medica Farma Husada Mataram, Indonesia, tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, selain meningkatkan data ranking setara universiti, program itu diadakan bertujuan bertukar pandangan berkenaan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pertukaran budaya antara dua negara.

Pelbagai manfaat diperolehi oleh kedua belah pihak terutama berkaitan pertukaran idea dan pandangan dalam usaha memenuhi keperluan industri.

“Banyak manfaat diperolehi kedua-dua pihak. Oleh itu, saya amat menggalakkan pelajar UNISEL turut serta dalam program lawatan seperti ini,” katanya.


Pengarang :