NASIONAL

Waspada curi kenderaan kurang 10 saat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 MAC: Ramai menyangka sesebuah kenderaan boleh dilarikan dalam tempoh beberapa minit tetapi hakikatnya kerja jahat itu mampu dibereskan lebih pantas, kurang 10 saat.

Senior Asisten Komisioner (SAC), Khairuldin Saad mendedahkan pencuri memerlukan kurang enam saat dengan menggunakan pendua gelombang kunci dan pengganggu isyarat.

“Sudah tiada lagi jenis pencuri yang membuka kunci secara manual, menyambungkan wayar untuk menghidupkannya dan melarikan kenderaan,” katanya seperti laporan portal The Star.

Pencuri kini menggunakan gajet canggih, termasuk penyalin gelombang peranti yang menguncikan kenderaan, untuk membukanya.

Mereka juga menggukan pengganggu sistem kedudukan sejagat (GPS) bagi mengelak kenderaan dijejak oleh pemiliknya.

Peranti untuk jenayah itu pula boleh dibeli atas talian, kata Khairuldin lagi.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menambah sistem kunci kenderaan secara manual seperti kunci pedal, brek atau stering bagi mengelak kecurian.

 


Pengarang :