NASIONAL

110 pengundi awal mengundi esok

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 APR: Seramai 110 daripada jumlah keseluruhan 118 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau akan mengundi esok di dua pusat pengundian yang akan dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup pada jam 12 tengah hari.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan dan 36 anggota polis yang akan mengundi di Balai Polis Rantau.

Makanla bakinya seramai 8 orang pengundi yang terdiri daripada tentera akan mengundi secara pos.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh setiap ejen-ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang terdiri daripada wakil organisasi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dilantik SPR.

“Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” katanya.

Katanya, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian pada 13 April di pusat pengiraan undi berkelompok di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan serta akan disaksikan ejen-ejen calon bertanding serta pemerhati pilihan raya.


Pengarang :