SELANGOR

18 negara jaya Pembangunan Modal Insan WAITRO-SIRIM 2019

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 29 APR: Seramai 76 penyelidik dan pakar teknologi dari 18 negara berkumpul pada Program Pembangunan Modal Insan WAITRO-SIRIM 2019 sebagai usama mempromosi usahasama global membabitkan Organisasi Penyelidikan dan Teknologi (RTO) dari serata dunia.

Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata, program selama lima hari itu disertai wakil kerajaan dan pakar teknologi daripada Asia Pasifik, Timur Tengah dan negara Afrika.

“Di antara perbincangan adalah topik Pengurusan Kanan bagi RTO, Pembangunan Kapasiti bagi Teknologi Solar Termal untuk Aplikasi Perindustrian, Program Pemerkasaan Wanita dalam Pembangunan Produk Penjagaan Diri dan beberapa topik lain.

“Sesi ini juga bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dalam mengembangkan produk penjagaan diri serta meningkatkan pemahaman dalam keselamatan, keberkesanan dan kestabilan dalam perumusan produk,” katanya dalam program berkenaan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Tajuddin berkata, dengan menggabungkan kedua-dua sumber dalaman dan luaran, pendekatan itu membuktikan bahawa organisasi inovasi dapat meningkatkan keupayaannya untuk menghasilkan idea baharu, menggabungkannya ke dalam produk dan perkhidmatan baharu serta mengutip dari pengkomersialan mereka.

Beliau berkata, SIRIM telah menjadi sekretariat WAITRO selama 16 tahun dan melaksanakan 125 insiatif serta program dalam bidang innovasi juga penbangunan penyelidikan.

Ahmad Tajuddin berharap program pembangunan kapasiti itu akan menjadi ruang bagi peserta mengukuhkan kerjasama antara semua ahli dengan mengadakan lebih banyak usahasama dalam program penyelidikan serta mencari peluang baharu bagi penyelidikan dan pembangunan.

Katanya, antara inisiatif berkenaan ialah 19 bangunan keupayaan, kawasan dalaman fora (26), projek antarabangsa (39), projek pembangunan (20) dan bangunan perhubungan (21).

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Hairil Yahri Yaacob sebagai wakil Timbalan Menteri, Dr Ong Kian Ming.

Dalam teks ucapannya, beliau berkata, SIRIM sedia menawarkan teknologi ke negara lain termansuk negara ahli WAITRO antaranya Lampu Salan Solar, Termal Solar bagi proses pemanasan perindustrian dan sebagainya.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Dr Ridzuan Mohamad Hani.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)


Pengarang :