5 Mei tarikh lihat anak bulan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

5 Mei tarikh lihat anak bulan

KUALA LUMPUR, 26 APR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Ia merangkumi:


1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
11. Menara Alor Setar, Kedah
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
27. Menara Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next