900 kertas undi PLN PRU Indonesia terbakar di Sandakan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

900 kertas undi PLN PRU Indonesia terbakar di Sandakan

KOTA KINABALU, 9 APR: Sebanyak 900 kertas undi Pemilihan Luar Negeri (PLN) untuk pilihan raya umum (PRU) Indonesia musnah apabila kenderaan yang membawa kertas undi berkenaan terbakar di Sandakan, Ahad lepas.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Krishna Djelani berkata, kenderaan berkenaan terbakar kira-kira 3 petang ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke beberapa kawasan di Sandakan untuk menghantar kertas undi berkenaan.

“Sepatutnya kertas undi berkenaan akan digunakan semalam hingga Khamis ini, namun ia terpaksa dibatalkan dan kami sudah menghubungi pihak berkenaan di Jakarta mengenai masalah itu dan kertas undi baharu akan dihantar secepat mungkin.


“Kami berharap kertas undi berkenaan akan sampai selewat-lewatnya 14 April ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan pihaknya kini sedang menunggu laporan menganai punca kebakaran berkenaan.

Krishna berkata, proses pengundian PLN dilaksanakan dengan dua kaedah iaitu proses pengundian pertama dijalankan di pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu dan di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu pada 14 April ini dan warga Indonesia yang ada di Sabah boleh datang membuang undi di tempat berkenaan.

“Bagi proses pengundian kedua, petugas PLN akan ke tempat-tempat yang telah ditentukan untuk berjumpa para pengundi dan proses membuang undi dilakukan di tempat berkenaan dan 900 kertas undi yang terbakar itu sepatutnya digunakan dalam proses pengundian tersebut.

SUMBER: BERNAMA

FOTO EHSAN: TEH JAVANA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next