Anwar: Gabungan otai, belia mantap perjalanan KEADILAN | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Anwar: Gabungan otai, belia mantap perjalanan KEADILAN

KLUANG, 20 APRIL: Gabungan otai reformasi dan anak muda dilihat mampu memantapkan perjalanan KEADILAN pada masa hadapan, memandangkan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu akan lebih aktif, terutama dalam melaksanakan program dan agenda yang antara lain mementingkan kebajikan kepada rakyat sama ada di bandar, mahupun luar bandar.

“Pada masa sama, kita juga akan menggabungkan anak muda dan ‘Otai Reformasi’ dalam menjayakannya, kerana kedua-dua golongan ini mempunyai kelebihan masing-masing.


“Sebab apa kita libatkan Otai Reformasi ini? Kerana merekalah yang menjadi penggerak utama penubuhan KEADILAN dan kita tidak mahu dikatakan meminggirkan mereka,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Otai Reformasi Johor’ 98 di sini hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) Johor, Hassan Karim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, objektif utama Himpunan Otai Reformasi terbabit bertujuan menyediakan wadah perkongsian bersama, supaya menjadi kesinambungan perjuangan reformasi yang diwujudkan sebelum ini.

Selain itu, ia juga dapat memupuk, mengekalkan serta menghargai pejuang reformasi yang bertungkus lumus sebelum ini, supaya menjadi ‘model’ kepada ahli KEADILAN sedia ada.

“Kerjasama erat dapat dilakukan antara ahli baharu dan ‘otai reformasi’ dengan meneruskan agenda yang diperjuangkan sebelum ini, iaitu menolak ‘keangkuhan kuasa’.

“Saya berharap golongan ‘otai reformasi’ juga tampil ke hadapan dan jangan malu berkongsi pengalaman suka duka perjuangan yang menjangkau dua dekad ini, supaya tidak terpesong daripada landasannya,” katanya. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next