EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia rendah dalam sesi dagangan awal

KUALA LUMPUR, 17 APR: Bursa Malaysia rendah dalam sesi dagangan awal berikutan kekurangan pemangkin.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.40 mata kepada 1,625.06, selepas dibuka 2.39 mata lebih rendah kepada 1,627.07.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 199 berbanding 125, manakala 257 kaunter kekal tidak berubah, 1,307 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 472.20 juta saham bernilai RM171.53 juta.

Maybank Investment Bank dalam nota penyelidikannya hari ini berkata, FBM KLCI dijangka berada dalam jajaran antara 1,620 dan 1,640 hari ini dengan paras sokongan menurun pada 1,627 dan 1,615.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB meningkat satu sen kepada RM5.06 manakala IHH Healthcare, Hong Leong Bank dan Maxis tidak berubah masing-masing pada RM5.57, RM20.08 dan RM5.56.

Maybank turun tujuh sen kepada RM9.14, Public Bank berkurangan dua sen kepada RM22.58, Petronas Chemicals menyusut lima sen kepada RM8.90, TNB jatuh empat sen kepada RM12.26 dan Axiata susut enam sen kepada RM4.12.

Dalam kalangan kaunter cergas, Key Asic dan Sterling Progress meningkat 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 13 sen dan 17.5 sen, Xidelang naik setengah sen kepada sembilan sen, manakala Bio Osmo, Sapura Energy dan Orion IXL tidak berubah masing-masing kepada 7.5 sen, 33 sen dan 18 sen.

Karex turun 1.5 sen kepada 57 sen dan Iris Corp susut setengah sen kepada 15 sen.

Indeks FBM Emas berkurangan 30.62 mata kepada 11,513.85, Indeks FBMT 100 turun 31.13 mata kepada 11,342.28 dan Indeks FBM Ace susut sebanyak 9.77 mata kepada 4,675.94.

Indeks FBM Emas Shariah turun 33.60 mata kepada 11,717.26, dan FBM 70 susut 41.32 mata kepada 14,390.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 21.26 mata kepada 16,778.35, Indeks Perladangan susut sebanyak 16.38 mata kepada 7,241.04, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.26 mata kepada 168.23.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :