NASIONAL

Bursa Malaysia rendah pada sesi awal dagangan

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Bursa Malaysia rendah pada sesi awal dagangan hari ini sejajar dengan prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.02 mata kepada 1,631.31 selepas dibuka 0.25 mata lebih tinggi kepada 1,631.17.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 198 berbanding 142, manakala 235 kaunter kekal tidak berubah, 1,313 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 472.20 juta saham bernilai RM171.53 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank berkata belian secara bergilir-gilir bermula dengan pelabur kini menumpukan saham bermodal sederhana dan besar, manakala saham murah terus susut.

“Secara teknikalnya, kami menjangkakan FBM KLCI berada di antara 1,620 dan 1,640 hari ini manakala sokongan paras rendah adalah pada 1,627 dan 1,615,” katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, CIMB naik satu sen kepada RM5.07 manakala Maybank, TNB, IHH Healthcare dan Hong Leong Bank masing-masing tidak berubah pada RM9.25, RM12.32, RM5.58 dan RM20.10.

Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing kurang dua sen kepada RM22.56 dan RM8.88.

Antara saham aktif, Seacera menokok setengah sen kepada 31.5 sen, Dayang Enterprise naik dua sen kepada RM1.36, Sapura Energy dan Scomi masing-masing tidak berubah pada 33.5 sen dan 10.5 sen, Bumi Armada turun setengah sen kepada 19 sen sen dan Prestariang merosot 3.5 sen kepada 49.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 2.7 mata kepada 11,559.04, Indeks FBMT 100 rendah 5.22 mata kepada 11,386.39 namun Indeks FBM Ace menokok 6.5 mata kepada 4,678.07.

Indeks FBM Emas Syariah susut 7.92 mata kepada 11,760.68 dan FBM 70 merosot 27.21 mata kepada 14,448.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.16 mata kepada 16,840.58, Indeks Perladangan naik 3.23 mata pada 7,274.82 sementara Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri turun 0.11 mata kepada 168.23. -BERNAMA


Pengarang :