GLOBAL

BWM panggil semula 360,001 kenderaan di China

BEIJING, 20 APRIL: BMW akan memanggil balik sejumlah 360,001 kenderaan di China untuk menggantikan beg udara yang rosak, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran.

Langkah itu, yang dijadualkan bermula pada 30 Ogos, membabitkan sejumlah 272,880 kenderaan keluaran BMW Brilliance Automotive Ltd. antara 2 Januari 2014 dan 16 Oktober 2017 serta sejumlah 87,121 model import yang dikeluarkan antara 5 April 2000 dan 21 Februari 2018.

Kerosakan beg udara akan menyebabkan serpihan terkena penumpang jika digunakan.

Beg udara yang rosak itu dikeluarkan pembekal dari Jepun iaitu syarikat Takata, yang kini sudah gulung tikar pada 2017 susulan krisis beg berkenaan.

BMW akan menggantikan beg udara yang rosak secara percuma. -BERNAMA


Pengarang :