SELANGOR

Cuaca diramal tidak menentu hingga Selasa depan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 APR: Cuaca di Selangor diramalkan tidak menentu hingga Selasa depan menurut Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia).

Melalui laman web METMalaysia, diramalkan cuaca di Klang, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami hujan bermula hari ini hingga Ahad, 28 April.

Namun cuaca bertukar panas bermula Isnin, 29 April hingga keesokan harinya.

Sementara bagi Daerah Hulu Selangor, Petaling, Gombak dan Hulu Langat pula diramalkan hujan hingga Selasa, 30 April, namun bagaimanapun bertukar panas pada Ahad, 28 April.

Kawasan di Utara Selangor termasuk Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula dijangkakan hujan hingga esok, namun diramalkan panas bermula Jumaat, 27 April hingga Isnin depan.


Pengarang :