Enam daerah Selangor bakal alami gangguan air | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Enam daerah Selangor bakal alami gangguan air

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 APR: Enam daerah di Selangor dijangka bakal mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 April depan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui kenyataan di laman facebook berkata, antara daerah terjejas ialah Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.


Lokasinya termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Penjara Sungai Buloh, Pulau Ketam, Bukit Jalil, UiTM Kampus Induk dan Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Katanya, ia susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), 24 April.

“Kerja itu berkenaan penambahbaikan yang menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya dan tempoh pemulihan bergantung pada loasi geografi serta altitud premis pelanggan.

“Sebanyak 10 Pusat Khidmat Setempat akan mula diaktifkan pada 26 April,” katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago dilaporkan berkata, pelaksanaan kerja penambahbaikan oleh Air Selangor itu perlu dibuat segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna.

“Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan.

“Air Selangor akan mengambil langkah untuk mengurangkan impak dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air kepada semua pengguna yang terbabit.

“Antaranya adalah memberikan bantuan bekalan air melalui tangki lori air, tangki statik, pili awam, stesen pengisian air setempat dan agihan botol air minuman selain memastikan bantuan bekalan air dibekalkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini, sila layari laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor’.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next