NASIONALSUKANKINI

FIH: Malaysia dimalukan di laman sendiri

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 30 APR: Skuad hoki kebangsaan tewas selepas diaibkan Itali 2-4 dalam pertembungan terakhir Kumpulan B Pusingan Akhir Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Kekalahan itu sekali gus meletakkan Malaysia di tempat kedua Kumpulan B dan bakal berdepan Wales bagi aksi play off dalam mencari slot ke separuh akhir Rabu ini.

Pemain hoki kebangsaan, Faizal Saari berkata, dia harap pasukannya dapat melupakan perlawanan itu dan fokus pada perlawanan seterusnya

“Walaupun tewas, kita kena main suku akhir dan bertemu Wales.

“Aksi akan datang bakal menjadi perlawanan ‘hidup mati’ buat pasukan hoki negara,” katanya.

Jaringan gol daripada Faizal Saari dan Razie Rahim sedikit sebanyak membantu kemaraan pasukan negara namun gagal untuk mengekalkan momentum hingga ke wisel penamat.

Terdahulu, kemenangan Itali membolehkan mereka muncul juara Kumpulan B sekali gus mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir kejohanan manakala pasukan negara sekadar berada di tangga kedua dan terlepas slot automatik ke saingan sama pada Jumaat ini.


Pengarang :