Gambut Trail Run beri kesedaran cegah pembakaran | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Gambut Trail Run beri kesedaran cegah pembakaran

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 APRIL: Lebih 500 peserta menyertai ‘Gambut Trail Run’ bertemakan #StopOpenBurning sempena program kesedaran dan pencegahan aktiviti pembakaran terbuka, di kawasan gambut negeri itu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Shafe’ee Yasin berkata, tahun ini pihaknya membuat kelainan dengan memilih kawasan mudah terbakar di Johan Setia, Klang untuk aktiviti kesedaran itu.


Katanya, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk Selangor khususnya di Johan Setia dan Jalan Kebun yang mempunyai keluasan tanah gambut terbesar di dalam negeri.

“Seperti sedia maklum, kawasan ini sering berlaku pembakaran terbuka semasa musim panas dan kering.

“Ia juga sebagai salah satu medium yang boleh digunakan untuk menghebahkan kepada orang ramai bidang kuasa JAS dan pada masa sama tindakan yang boleh dikenakan jika pembakaran terbuka dilakukan di kawasan tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Gambut Trail Run #StopOpenBurning, di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; Pengarah Urusan TNB Connaught Bridge Sdn Bhd Klang, Muhammad Uzir Aspar dan Pengarah Samsung Electronics (M) Sdn Bhd, Zulkifli Marsidi.

Shafe’ee berkata, program itu turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat, menghayati keindahan alam sekitar dan memupuk perasaan sayang kepada alam sekitar.

Sementara itu, Mohd Zawawi berkata, program itu turut membabitkan penyertaan pelajar sekolah dan universiti.

“Saya percaya ia sangat membantu dalam menyebarkan maklumat kempen kesedaran ini melalui media sosial yang merupakan landasan sangat berkesan, pada masa kini.

“Maklumat begini perlu cepat dan tepat serta berfaedah kepada orang ramai, justeru hebahkanlah berkenaan promosi larangan pembakaran terbuka kepada rakan lain yang tidak dapat turut serta di dalam program ini,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next