SELANGOR

Gangguan bekalan air hampir pulih sepenuhnya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 26 APRIL: Penduduk Selangor dan Kuala Lumpur kini boleh menarik nafas lega selepas lokasi yang berdepan gangguan bekalan air hampir 93 peratus pulih.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, antara lokasi yang pulih sepenuhnya termasuk Gombak, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Sementara katanya, Kuala Lumpur pulih 89 peratus, Petaling (98 peratus) dan Klang/Shah Alam (91 peratus).

“Bagaimanapun, bantuan lori tangki air masih lagi disalurkan kepada kawasan yang belum pulih sepenuhnya, kerana ada kawasan yang tidak stabil terutama bagi mereka yang berada di penghujung sistem agihan.

“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit khususnya pelanggan yang memberikan kerjasama baik,” katanya dalam kenyataan.

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) yang bermula, pada 24 April lalu.

 

 


Pengarang :