Hasrat jadikan KASURA sebagai acara tahunan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Hasrat jadikan KASURA sebagai acara tahunan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 24 APRIL: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) sebagai acara tahunan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), di Selangor.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan Dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengangkat jenama karnival itu bagi menghimpunkan komuniti setempat melalui pelbagai acara sukan.


Beliau turut memaklumkan akan membawa cadangan terbabit kepada Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari selain mencari peruntukan bagi menjayakan pelaksanaannya di peringkat DUN.

“KASURA adalah program yang boleh dianggap ‘rare’. Walaupun diilhamkan mereka dari kawasan DUN, tetapi karnival ini memiliki lagu sukan tersendiri, bahkan sambutan amat bagus setakat ini.

“Ia adalah modus operandi kepada rakyat kerana golongan petani, pesawah dan peladang juga boleh terbabit aktif dengan sukan ditawarkan dalam karnival berkenaan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui pada Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Selangor, di Carlton Holiday Hotel & Suites, di sini, semalam.

KASURA adalah cetusan idea daripada bekas pegawai khas Menteri Besar terdahulu, Mohd Yahya Mat Sahri, sejak 2008 hingga 2013.

Menerima sambutan menggalakkan sejak awal penganjurannya, Pusat Khidmat DUN Permatang mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan sukan berskala besar itu, baru-baru ini dengan mencatatkan penyertaan 15 kontinjen sekitar kawasan terbabit termasuk DUN Sungai Burong.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, sebanyak 10 acara dipertandingkan sepanjang tiga hari karnival sukan bertaraf antarabangsa itu dijalankan.

“Kontinjen Ujong Permatang buat julung kalinya membawa pulang trofi kejuaraan KASURA 2019 dengan pungutan 47 mata dan mengulangi sejarah KASURA 2015 dengan membawa pulang Anugerah Khas Keseluruhan Kontinjen (Kontinjen Terbaik).

“Kampung Bukit Belimbing berjaya menduduki tangga kedua dan tuan rumah KASURA 2019, Kampung Parit Serong berjaya merangkul tempat ketiga dengan masing-masing memungut 43 mata dan 42 mata,” tulisnya melalui hantaran di Facebook.

FOTO: Facebook Rozana Zainal Abidin

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next