SELANGOR

HIJRAH lafaz ikrar bebas rasuah

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 4 APRIL: Lebih 200 warga kerja Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH), hari ini melafazkan ikrar tidak akan terjebak dengan rasuah dan salah guna kuasa ketika berurusan bersama pelanggan.

Lafaz ikrar diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslim Md Akhir itu disempurnakan di hadapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim, di Auditorium Jubli Perak, di sini.

Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Dato’ Mansor Othman berkata lafaz yang dibuat itu dapat membentuk budaya tanggungjawab, disiplin dan etika kerja secaea berintegriti.

“Ia juga supaya kita dapat terus maju ke hadapan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada usahawan di Selangor,” katanya yang ditemui pada sesi akhir Program Seminar Pengukuhan Integriti Warga Kerja Yayasan Hijrah Selangor.

Sementara itu, Alias berkata, program ikrar bebas rasuah itu bertujuan memberi peringatan kepada pegawai HIJRAH supaya berkerja dengan adil dan amanah, sekali gus memastikan rakyat serta ekonomi Selangor diurus dengan baik.

“Kita juga menyeru kepada semua agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun di Selangor untuk turut mengajurkan ikrar bebas rasuah ini,” katanya.

HIJRAH adalah GLC kedua yang melafazkan ikrar terbabit.


Pengarang :