SELANGOR

Hujan, ribut petir landa Selangor hingga awal Ramadan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 18 SEPT: Selangor diramalkan berdepan cuaca hujan dan ribut petir hingga awal Ramadan.

Laporan ramalan kaji cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, kekerapan hujan akan berlaku pada waktu pagi dan petang.

“Sementara pada sebelah malam, hampir semua tempat tidak mengalami hujan,” katanya.

Keadaan ribut petir itu juga dijangka berlaku di Petaling, Klang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat, Gombak dan Sepang.

 


Pengarang :