SELANGOR

IOS Half Marathon: Beberapa jalan Shah Alam ditutup

SHAH ALAM, 23 APR: Beberapa jalan di sekitar Shah Alam ditutup bagi melancarkan program Larian ‘IOS Half Marathon’ anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pada 28 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, kesemua jalan terbabit ditutup mulai jam 2 petang hingga 6 pagi untuk tujuan persiapan dan semasa program berlangsung.

“Antara jalan terbabit ialah Persiaran Institut, Persiaran Kayangan, Jalan Padang Jawa, Persiaran Selangor, Bulatan Kemajuan, Bulatan Perusahaan, Persiaran Dato’ Menteri, Bulatan Mestika, Persiaran Raja Muda dan Bulatan Bestari.

“Kami menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Kami juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.


Pengarang :