NASIONAL

Kerajaan perlu berhati-hati buat keputusan dedah laporan CEP

KUALA LUMPUR, 4 APR: Kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) wajar didedahkan kepada umum atau tidak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat beberapa hasil dapatan CEP yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Ini adalah bagi mengelak polemik yang mungkin boleh menjejaskan hasil siasatan dan keyakinan pelabur.

“Apa yang penting, semua cadangan penambahbaikan yang diterima dilaksanakan sebaik mungkin bagi kesejahteraan dan kestabilan ekonomi negara,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menerbitkan laporan CEP berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan kebebasan maklumat demi mengelak fitnah dan persepsi tidak betul oleh umum.

MENYUSUL…


Pengarang :