KULIM, 3 Nov — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail membuat tinjauan harga barangan selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 Peringkat Kebangsaan di Pasar Awam Kulim hari ini. Skim kawalan harga bermula dari 3 November hingga 9 November 2018. Sebanyak 16 jenis barangan antaranya ayam,telur, sayuran seperti tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, barangan kering seperti bawang merah kecil, bawang besar import, ubi kentang import dan kacang dal, dan daging kambing berada dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan tambah senarai barangan kawalan sempena Aidilfitri

GEORGE TOWN, 27 APR: Lebih banyak barang akan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Hari Raya Aidilfitri ini bagi memberi manfaat kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, dengan penambahan bilangan barangan dalam skim itu, pengguna akan mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan pada harga lebih murah.

“Selain barangan kawalan sempena musim Ramadan dan perayaan Aidilfitri ini, kita juga akan memanjangkan tempoh masa penguatkuasaan dari tahun lepas. Jika sebelum ini tempoh penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah sekitar 15 hari, kali ini kita akan panjangkan tempoh berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta progam Kayuhan Pengguna Bijak sempena Karnival Kepenggunaan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Saifuddin berkata, penambahan item barangan serta tempoh pemanjangan masa bagi penguatkuasaan skim berkenaan akan diumumkan kelak.

Sementara itu, Saifuddin berkata kementeriannya turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi.

“Ini akan memudahkan kami di KPDNHEP menguar-uarkan kepada pengguna supaya pengguna tidak terkejut jika ada sebarang kekurangan bekalan di mana-mana,” katanya.

Program kayuhan sejauh 15 kilometer itu melibatkan kira-kira 100 peserta.

– BERNAMA


Pengarang :