NASIONAL

Khai Bahar, Siti Nordiana rangkul anugerah Top Top MeleTOP

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Khai Bahar dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai artis Top Top MeleTOP bagi kategori artis lelaki dan wanita, pada Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019) malam tadi.

Khai Bahar yang memenangi kategori utama itu buat kali kedua berturut turut menggondol anugerah Penyanyi MeleTOP dan Siti Nordiana pula memenangi anugerah Hos MeleTOP.

Sementara itu, Syafie Kyle pula menggondol tiga anugerah iaitu kategori Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu turut menyaksikan ‘raja gelek Malaysia’, Datuk M Daud Kilau diberikan Anugerah Khas MeleTOP.

Sementara itu, kehangatan AME 2019 dimeriahkan lagi dengan persembahan artis popular tanah air.

Antara artis paling mencuri tumpuan dengan persembahan masing-masing dalam rancangan anugerah bertemakan ‘Yang Legit, Yang Legend’ itu, ratu rock negara, Ella, Exist (reunion) yang menggabungkan kesemua anggota asal band itu dan ramai lagi.

Anugerah MeleTOP ERA yang dihoskan Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse itu adalah rancangan anugerah khas untuk industri hiburan yang dianjurkan MeleTOP dan ERA FM.

Anugerah itu dipilih peminat untuk mengiktiraf selebriti terkemuka dan bakat dalam industri hiburan tempatan.

Berikut senarai penuh pemenang AME 2019:

1. Top Top MeleTOP Lelaki — Khai Bahar
2. Top Top MeleTOP Wanita — Siti Nordiana
3. Fesyen MeleTOP — Syafiq Kyle
4. Si Cilik MeleTOP — Yusoff Al Qardawi
5. Artis Baharu MeleTOP — Eyra Hazali
6. Couple MeleTOP — Nur Fazura & Fattah Amin
7. Program Radio MeleTOP — Johara Pagi ERA

8. Grup/Duo MeleTOP — Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

9. Penyanyi MeleTOP — Khai Bahar

10. Lagu MeleTOP — Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
11. Program MeleTOP — Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
12. Drama MeleTOP — Lelaki Kiriman Tuhan
13. Pelakon TV MeleTOP — Syafiq Kyle
14. Hos MeleTOP — Siti Nordiana
15. Artis Lawak MeleTOP — Jep Sepahtu
16. Penyampai Radio MeleTOP — Johan
17. Filem MeleTOP — Munafik 2
18. Bintang Filem MeleTOP — Syafiq Kyle
19. Anugerah Khas MeleTOP — Dato’ M. Daud Kilau


Pengarang :