Kursus kecemerlangan HIJRAH suntik motivasi anak usahawan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Kursus kecemerlangan HIJRAH suntik motivasi anak usahawan

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 21 APRIL: Program Kursus Kecemerlangan Akademik Anak-Anak Hijrah Selangor (HIJRAH) menjadi landasan terbaik bagi menyuntik motivasi kepada anak usahawan, di negeri itu.

EXCO Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, program yang memasuki edisi keempat itu bertujuan melahirkan anak usahawan HIJRAH cemerlang daripada sudut akademik.


Katanya, ia juga memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa ibu bapa tidak mengabaikan mereka walaupun sibuk bekerja.

“Anak-anak perlu yakin pada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya demi masa depan yang cemerlang,” katanya ketika menghadiri majlis penutup program itu di Dewan Auditorium, Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini semalam.

Dato’ Menteri Besar, Amiruddin Shari sebelum ini berkata, beliau tidak mahu Kerajaan Negeri sekadar memberi pinjaman kepada usahawan, sebaliknya mahu anak-anak mereka mendapat manfaat sama untuk melahirkan generasi proaktif.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next