Selangorkini
SELANGOR

Kutipan premium tanah Kuala Langat 2018 meningkat 205 peratus

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANTING, 12 APR: Kutipan premium Pejabat Daerah dan Tanah di Kuala Langat yang mencatatkan peningkatan 205 peratus pada 2018 adalah peningkatan tertinggi pernah dikutip.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Jusni Hashim berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mengutip premium sebanyak RM117 juta pada tahun lalu berbanding hanya RM76 juta pada 2017.

“Oleh yang demikian, pada tahun ini Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat terus komited untuk mengutip hasil lebih tinggi apabila sasaran ditingkatkan daripada RM117 juta kepada RM119 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan di Majlis Perhimpunan Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Penjawat Awam Kuala Langat di sini, hari ini.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan secara konsisten supaya pembayar lebih mudah akses terhadap perkhidmatan pembayaran cukai.

Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat turut mengadakan cabutan bertuah untuk menggalakkan pembayaran cukai tanah.

FOTO: REMY ARIFIN (SELANGORKINI)


Pengarang :