Latih kendali urusan pentadbiran secara dalam talian | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Latih kendali urusan pentadbiran secara dalam talian

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA SELANGOR, 26 APRIL: Kerajaan Negeri bersedia untuk memberikan latihan secara dalam talian atau digital kepada penjawat awam untuk mendalami kemahiran pengurusan pentadbiran seperti yang dibangunkan negara maju.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya bersama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) akan menentukan bentuk latihan sesuai untuk dilakukan supaya ia dapat merealisasikan hasrat ke arah negeri pintar.


“Semalam, kita baru sahaja diberikan taklimat daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom (UK) di Malaysia yang menawarkan beberapa kursus dan latihan untuk menjadikan penjawat awam ini bersedia dengan pengurusan kerajaan secara dalam talian.

“Ia sudah diperkenalkan sebelum ini dan sekarang kita ingin menggerakkannya secara lebih dalam dan terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Pagi Bersama Penjawat Awam Daerah Kuala Selangor, bersempena Program Jelajah Maju Bersama 2019, di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah, di sini.

Katanya, penjawat awam perlu bersedia untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan dengan menggerakkan sikap yang betul dalam diri serta memandang perubahan dirancang daripada sudut positif.

Amirudin berkata, kegagalan membawa perubahan seiring dengan perkembangan teknologi semasa akan mengakibatkan sistem pengurusan ketinggalan atau kekal di takuk lama.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next