GLOBAL

Maghribi beri geran pulihkan kawasan dalam Masjid Al-Aqsa

RABAT, 18 APR: Raja Maghribi Mohammed VI memutuskan untuk memberikan geran sebagai sumbangan negara itu untuk kerja-kerja pemulihan beberapa kawasan dalam Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar Maghribi pada Rabu.

Bagaimanapun kementerian itu tidak menyatakan jumlah geran tersebut.

Geran itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh Raja Maghribi untuk manfaat bandar Baitulmaqdis, menurut kenyataan tersebut.

Ia juga memihak kepada promosi identiti peradaban dan simbolisme keagamaan sebagai satu ruang terbuka untuk hidup bersama serta toleransi antara agama yang berbeza, menurut kenyataan itu.

Arkitek dan tukang-tukang yang mahir dari Maghribi akan dihantar untuk memulihara keaslian seni bina masjid itu yang telah berusia berabad-abad lamanya.

Raja Maghribi memerintahkan agar operasi ini dilaksana dengan penyelarasan pentadbiran Islamik Awqaf Jordan, menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :