SELANGOR

Mangsa kebakaran terima bantuan LZS

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 12 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan RM500 kepada mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang setelah kediamannya di Kuala Langat musnah, pada 8 April lalu.

Melalui kenyataan ringkas di Facebook, LZS menyalurkan bantuan itu kepada Tusiman Amir, sejurus mengetahui kejadian menimpa mangsa.

Tusiman yang menanggung ibunya yang uzur dikejarkan ke Hospital Klang setelah melecur ekoran kejadian kebakaran yang berlaku.

“Beliau adalah asnaf fisabillilah dan hasil siasatan layak didaftarkan sebagai asnaf fakir daerah Kuala Langat.

“Kita doakan bersama supaya mereka tabah dengan ujian ini,” katanya.

Pada 8 April lalu, rumah yang didiami Tusiman terbakar 100 peratus mengakibatkan kemusnahan kelengkapan rumah, pakaian dan kelengkapan lain.


Pengarang :