Mayat bayi ditemukan ditanam di Kulim | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Mayat bayi ditemukan ditanam di Kulim

ALOR SETAR, 19 APR: Polis menemukan mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Supt Zailani Mohd Yusof berkata, penemuan itu susulan siasatan pihak polis terhadap seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang baru bersalin dan telah datang menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Pegawai perubatan yang merawat remaja terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis pada pukul 5.50 petang semalam dan pegawai polis dari Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah datang ke hospital untuk menyiasat.


“Hasil siasatan, remaja terbabit memaklumkan dia telah bersalin pada pukul 1.45 pagi di asrama kilang tempat kerjanya di Seberang Perai dan mengaku mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya berumur 19 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailani berkata, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan dan remaja terbabit menghubungi teman lelakinya untuk meminta bantuan.

“Mereka telah membawa mayat bayi itu dengan menaiki motosikal ke Kampung Limau Manis sebelum menanamnya di kedalaman 0.3 meter. Kita telah berjaya menahan suspek lelaki yang kemudian menunjukkan lokasi mayat dibuang.

“Proses menggali mayat dijalankan Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan mayat akan dibedah siasat Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit masih menerima rawatan di hospital sementara teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next