SELANGOR

MB hadir Pertunjukan Makanan Premium Jepun 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 18 APR: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menghadiri Pertunjukan Makanan Premium Jepun 2019 ‘Premium Food Show Japan’ yang berlangsung di Tokyo, semalam.

Acara yang sudah dijalankan buat kali kelima itu turut memperkenalkan ‘Halal Market Fair’ serta makanan vegetarian dan juga makanan bebas gluten.

Invest Selangor melalui kenyataannya di laman twitter berkata, Amirudin turut berkesempatan merasmikan Pavilion Malaysia di acara yang berlangsung dari 17 hingga 19 April itu.

Hadir sama merasmikan ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan dan Kounselor Pejabat Perwakilan Pertanian Tokyo, Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Taqiuddin Zakaria.

Pada pameran berkenaan, Amirudin turut mengunjungi pameran yang disertai Bangi Golf Resort (BGR) dan Curetex Corporation Jepun.

Turut serta ialah Pengerusi Curetex, Masaki Fujishiro, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Eksekutif BGR, Soh Chung Ky.

Sebelum ini SelangorKini melaporkan BGR menyasarkan untuk memasarkan produk makanan halal ke Olimpik Tokyo 2020.

Soh berkata, pihaknya berhasrat membekalkan produk makanan itu khusus buat pelancong dan atlet, pada acara sukan terbesar di dunia itu.

Bagi menjayakan misi berkenaan, BGR bekerjasama dengan Curetex Corporation di Jepun yang diiktiraf JAKIM untuk memasarkan produk ke negara matahari terbit itu.


Pengarang :