KUALA LUMPUR, 20 April — Qari dan Qariah Malaysia yang merangkul Johan Kategori Tilawah Abdul Khair Jalil (kanan) dan Nor Farhatul Fairuzah Panut menunjuk trofi yang dimenangi pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA??
BERITA UTAMA SELANGOR

MB ucap tahniah kepada johan qari, qariah Malaysia

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 APRIL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan tahniah kepada qari dan qariah Malaysia yang dinobatkan selaku johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61, malam tadi.

Melalui ciapan di Twitter, Amirudin turut berkongsi kegembiraan kerana qari, Abdul Khair Jalil adalah wakil Selangor dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440/2019M, baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada qari dan qariah dari Malaysia yang mendapat tempat pertama Majlis Tilawah dan Menghafaz ql Quran Peringkat Antarabangsa ke-61.

“Saudara Abdul Khair Jalil merupakan wakil Selangor dalam Majlis Tilawah al Quran Peringkat Kebangsaan baru-baru ini,” tulisnya.

Terdahulu, Abdul Khair memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Qari dari Algeria, Yassine Bekouassa mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Ilyas Lamhayahoui (Maghribi).

Qariah dari Indonesia, Wardatun Nisa Hasa menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Karimah Hayibaraheng (Thailand).

Bagi kategori hafazan lelaki, peserta dari Sweden, Mohamed Abdi dinobatkan sebagai juara manakala untuk kategori wanita dimenangi peserta dari Nigeria, Fatouma Ousseni Moussa.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam majlis berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

 


Pengarang :