PBTSELANGOR

MBSA A raih juara tarik tali Piala Datuk Bandar

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 APR: Pasukan tarik tali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) rangkul gelaran Johan Tarik Tali Terbuka (Awam) Piala Datuk Bandar yang diadakan di Padang B, Dataran Kemerdekaan, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perlawanan selama dua hari pada 13 April lalu pasukan MBSA A berjaya menewaskan pasukan tarik tali MBSA B.

Katanya, MBSA A berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan medal manakala MBSA B menerima RM2,000 serta medal.

“Kejayaan ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan sekali gus dapat meningkatkan imej majlis di mata masyarakat.

“MBSA amat menggalakkan kakitangan pelbagai peringkat jawatan untuk terbabit secara langsung dalam aktiviti sukan seperti ini kerana ia dapat melahirkan kakitangan yang cergas, sihat serta berdisiplin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 18 pasukan bertanding dalam kejohanan itu dan pada perlawanan suku akhir, MBSA A berjaya menewaskan Penjara Sungai Buloh dan layak ke separuh akhir.

Pada suku akhir kedua, MBSA B berjaya menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan layak ke separuh akhir.

Bagi separuh akhir pertama, MBSA A berjaya menumpaskan pasukan tarik tali Brunei dan berjaya mara ke perlawanan akhir.

Manakala, pada separuh akhir kedua, MBSA B menewaskan Majlis Bandaraya Iskandar Putri Johor dan layak ke perlawanan akhir.


Pengarang :