SELANGOR

MBSA rasmi padang sekolah selepas naik taraf

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 1 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, majlis itu adalah penyerahan semula setelah selesai projek menaik taraf kawasan padang terbabit oleh MBSA sejak tahun lalu.

Katanya, kerja naik taraf padang bola berkeluasan 4.7 ekar itu meembabitkan rumput padang dan pemasangan pagar ‘anticlimb’.

“Projek naik taraf padang ini merupakan tanggungjawab sosial MBSA dalam menyediakan kemudahan awam kepada masyarakat setempat.

“Kami berharap padang sekolah ini dapat diurus baik dan sistematik oleh pihak sekolah demi kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak sekolah bersetuju melaksanakan kerja penyelenggaran seperti membersih, memotong rumput, membaja dan menyiram padang itu.

“Kerja-kerja penyelenggaraan akan diurus oleh pihak sekolah bermula 2 April 2019. Jadi selepas ini, pihak sekolah bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengurusan dan operasi penyewaan,” katanya.

Majlis perasmian itu disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan.

 

 


Pengarang :