Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA tutup beberapa jalan sempena IOS Half Marathon

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 17 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup beberapa laluan jalan bagi kelancaran program IOS Half Marathon, pada 28 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, penutupan sementara sebahagian jalan itu untuk tujuan persiapan dan semasa program berlangsung.

Katanya, jalan terbabit ialah Persiaran Institut, Persiaran Kayangan, Jalan Padang Jawa, Persiaran Selangor, Bulatan Kemajuan, Bulatan Perusahaan, Persiaran Dato’ Menteri, Bulatan Mestika, Persiaran Raja Muda dan Bulatan Bestari bermula jam 2 hingga 6 pagi.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan seperti dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa yang diberikan MBSA.

“Pihak majlis memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pengarang :