SELANGOR

MDHS anjur pertandingan cipta logo Tabung Endowmen

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 APRIL: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo yang melambangkan Tabung Endowmen Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), bermula 18 April sehingga 5 Mei ini.

MDHS dalam satu kenyataan berkata, logo dan simbol yang dihasilkan perlu menggambarkan identiti serta imej korporat MDHS, selain memberi gambaran grafik berkesan kepada kempen yang akan dijalankan.

“Reka bentuk logo yang dihasilkan mestilah baharu, asli dan tidak menceduk mana-mana logo yang dikenali masyarakat.

“Selain itu, ia juga mesti tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan menyinggung mana-mana pihak,” katanya.

MDHS berkata, juara pertandingan berpeluang menerima hadiah wang tunai RM500 berserta sijil penyertaan, naib juara RM400, ketiga RM300, keempat serta kelima masing-masing RM200 dan RM100 juga disertakan sijil.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh memuat turun syarat dan borang penyertaan di laman sesawang www.mdhs.gov.my


Pengarang :