Selangorkini
SELANGOR

MIWA OLI mahu tembusi pasaran luar

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: MIWA Manufacruting Sdn Bhd berhasrat menembusi pasaran luar melalui produk minuman jeli berasaskan rumpai laut syarikat itu, MIWA OLI.

Pengarah Urusannya, Jessica Rashid berkata, idea untuk menghasilkan minuman itu tercetus apabila pihaknya menyertai program Gate to Global anjuran MARA, pada 2017.

“Melalui program itu, kami belajar dengan mendalam cara untuk menaik taraf produk sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Bermula Mei 2018, kami mula membina jenama MIWA OLI dengan empat perisa penuh inspirasi dan karakter berbeza”, katanya.

Beliau berkata demikian kitika ditemui media pada majlis pelancaran MIWA OLI di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Katanya, empat perisa minuman jeli itu adalah Apple Awesome, Grape Gempakz, Strawberry Sempoi dan Lychee Lengchai.

Pada masa sama, Jessica berkata, syarikat yang sudah beroperasi hampir 15 tahun itu sudah menyertai pelbagai program untuk memajukan perniagaan terbabit.

Minuman jeli MIWA OLI boleh didapati di seluruh Malaysia dengan lebih 200 ejen seluruh Semenanjung Malaysia atau hubungi talian ‘hotline’ di 0124223200.

 


Pengarang :