SELANGOR

MIWA OLI selaras produk antarabangsa

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: MIWA Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat jenama minuman tempatan kelahiran Selangor semakin gah mencipta nama selaras produk antarabangsa.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Masdiana Muhamad berkata, usaha syarikat terbabit mengeluarkan minuman jeli berasaskan rumpai laut dipuji dan harus dibanggakan.

“Saya sudah mengikuti perkembangan MIWA OLI sejak sekian lama dan ingin mengucapkan tahniah terhadap semua pengiktirafan serta anugerah diterima sepanjang mereka beroperasi.

“Sebagai isteri kepada Dato’ Menteri Besar, saya dan suami amat menyokong keras semua produk kelahiran Selangor dan Kerajaan Negeri akan sentiasa memperkukuh serta menambah baik pelaksanaan program keusahawanan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran MIWA OLI, sekali gus melancarkannya di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Masdiana berkata, beliau cukup kagum terhadap semangat dan ketabahan MIWA dalam menghasilkan produk sehingga ke peringkat ini.

“Ia bukan sebuah jenama makanan ringan seperti jenama lain di luar sana, namun MIWA adalah minuman jeli yang sihat, sekali gus menggalakkan nilai murni baik dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.


Pengarang :