SELANGOR

MIWA OLI tampil wajah baharu, 4 karakter berbeza

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 4 APR : Miwa Manufacturing Sdn Bhd menampilkan wajah baharu minuman MIWA OLI berasaskan rumpai laut yang pertama di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Jasseica Rashid berkata, sebuah jenama kelahiran Selangor, MIWA OLI mempunyai empat perisa antaranya anggur, strawberri, laici dan epal mewakili pelbagai karakter berbeza.

Katanya, MIWA OLI mengandungi inulin yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.

“Justeru, target sasaran kami adalah golongan berusia lima hingga 15 tahun kerana ia adalah waktu terbaik untuk membentuk minda dan peribadi individu itu.

“Kita mahu jenama MIWA OLI bukan sekadar minuman yang enak sebaliknya kita turut membawa watak OLI menerusi empat karakter berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran MIWA OLI di Pentas Utama , Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan acara pelancarannya oleh Masdiana Muhamad yang juga isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Pada masa sama, Jasseica berkata, empat perisa minuman jeli itu adalah Apple Awesome, Grape Gempakz, Strawberry Sempoi dan Lychee Lengchai.

Katanya, Apple Awesome menggambarkan karakter cerdas dan rajin iaitu individu itu seorang yang aktif dalam membaca.

Selain itu, katanya, Grape Gempakz menampilkan karakter seorang yang berdikari dan cenderung untuk melakukan sesuatu tanpa disuruh.

“Strawberry Sempoi pula dia adalah seorang yang berani dan sentiasa mencabar dirinya untuk menjadi lebih baik dari semalam.

“Manakala, Lychee Lengchai seorang yang baik hati dan sentiasa membantu orang sekeliling selain prihatin serta menghormati,” katanya.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan jenama minuman jeli MIWA OLI itu boleh didapati di seluruh Malaysia dengan lebih 200 ejen seluruh Semenanjung Malaysia atau hubungi talian hotline di 012 422 3200.


Pengarang :