SELANGOR

Orang ramai dijemput meriahkan Sepang Berselawat malam ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 7 APRIL: Majlis Perbandaran Sepang menjemput orang ramai di sekitar Selangor hadir ke Persembahan Malam Light and Sound Sepang Berselawat 2019, malam ini, di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Program itu diadakan bersempena sambutan Israk Mikraj yang disambut, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program antaranya Qasidah, ‘Choral Speaking’ dari pelajar Sekolah Islam Hati Murni; Perarakan Maulid; bacaan ayat suci al-Quran dan solat Asar berjemaah.

Manakala, pada sebelah malam diadakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah; persembahan Light and Sound; persembahan nasyid oleh Lah Ahmad serta ceramah daripada beberapa barisan pendakwah


Pengarang :