Penjawat awam disaran budayakan Maqasid Syariah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Penjawat awam disaran budayakan Maqasid Syariah

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 APRIL: Maqasid Syariah yang menjadi teras rujukan Siasah Syar’iyyah perlu dibudayakan di setiap peringkat urus tadbir awam termasuk penggubal dasar atau pelaksana negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu memastikan amanah yang diberikan kepada setiap penjawat awam dapat dilaksanakan sebaik mungkin.


“Ia untuk maslahah seluruh rakyat tanpa membezakan bangsa dan agama berteraskan konsep dan gagasan Rahmatan Lil Alamin.

“Di samping itu, ia juga menepati falsafah dan matlamat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berdasarkan falsafah dan lunas Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara.

“Visi dibawa pejuang negara, agenda reformasi berterusan dan idea-dea pembangunan progresif dan demokratik, sesuai dengan realiti zaman moden dalam mendepani akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Bicara Eksekutif Maqasid Syariah 2019, di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof.

Amirudin yakin ramai pihak yang mendengar istilah syariah, namun tidak ramai yang memahami istilah maqasid.

“Oleh sebab itu, ada segelintir  masyarakat yang terus menghukum individu yang melakukan kesalahan, tetapi tidak ramai pula yang mahu menilai, akan kesan daripada sesuatu hukuman yang dilakukan, termasuk kesan ke atas mereka yang menerima hukuman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin penganjuran program berkenaan akan memberikan penjelasan dan pemahaman kepada semua yang hadir terutama dalam kalangan pembuat dasar, pelaksana dan penjawat awam di negeri khususnya Konsep dan Pelaksanaan Maqasid Syariah dan Agenda Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Negara.

Seramai 300 penjawat awam, pengetua, guru sekolah, nazir masjid dari daerah Petaling dan Klang menyertai program bicara itu.

Sementara itu, Mohd Zawawi menjelaskan program bicara itu akan dilaksanakan ke peringkat daerah supaya lebih ramai pimpinan akar umbi memahami konsep berkenaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next