JOHOR BAHRU, 17 April — Pemain JDT Muhammad Syafiq Ahmad (kanan) mengasak keras pemain PKNS FC Romel Oswaldo Morales Ramirez pada perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hari ini. JDT tewas kepada PKNS FC 0-1. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
SUKANKINI

PKNS FC akui sukar tundukkan JDT

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 18 APRIL: Pengendali pasukan PKNS FC, K Rajagopal mengakui amat sukar bagi pasukannya menundukkan pencabar Johor Darul Ta’zim (JDT), di tempat lawan.

Beliau berkata, walaupun Harimau Selatan kekurangan seorang pemain, namun asakan demi asakan ditampilkan pasukan itu menyukarkan PKNS mencipta gol.

“Kita mempunyai banyak peluang terhidang di hadapan gawang lawan tetapi kita mensia-siakan peluang itu, sekali gus memberi tekanan dan peluang kepada JDT untuk mendapat keyakinan serta momentum,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati dengan prestasi pasukannya yang mempamerkan komitmen dan semangat tinggi bagi melayakkan The Red Ants mara ke suku akhir.

PKNS FC mencipta kejutan di di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin malam tadi apabila menewaskan JDT dengan kemenangan 1-0.

Gol dicipta Kpah Sherman yang menanduk masuk hantaran R Surendren melayakkan PKNS FC ke peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2019.


Pengarang :