SUKANKINI

PKNS FC bertemu Kedah suku akhir Shopee Piala FA 2019

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 18 APRIL: PKNS FC dijadualkan bertemu juara Piala FA 2017, Kedah dalam perlawanan suku akhir Shopee Piala FA 2019.

Ketua pasukan PKNS FC, K Gurusamy bagaimanapun mengakui The Red Ants bakal berdepan laluan sukar menentang Helang Merah kerana pasukan itu memiliki banyak rekod kemenangan.

“Kita akan mempamerkan aksi terbaik ketika berada di tempat lawan, oleh itu kita akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk perlawanan kali ini dan mara ke peringkat separuh akhir,” katanya selepas proses undian akhir Shoopee Piala FA 2019 di Damansara Performing Arts Centre.

Sebanyak lapan pasukan akan bersaing secara timbal balik dalam perlawanan yang berlangsung pada 30 April dan 1 Mei ini.

Semalam, PKNS FC mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 0-1 hasil tandukan Kpah Sherman.

Turut menarik perhatian, pertembungan pantai timur antara Terengganu dan Pahang yang bakal menjadi pertarungan sengit dalam pusingan kali ini.

FOTO Kredit : Malaysia Football League Facebook


Pengarang :