NASIONAL

Program Kampungku Sihat tingkat kesedaran NCD

OLEH UMIRAH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 2 APR: Program Kampungku Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlangsung dengan jayanya di Kuala Selangor, pada 31 Mac lalu.

Program julung kali diadakan itu membabitkan 550 pelatih Institut Latihan KKM Sungai Buloh dan Kuala Lumpur turun ke Kampung Bukit Kuching Tengah, Kampung Bukit Kuching dan Kampung Bukit Cerakah.

KKM menerusi kenyataannya di Twitter berkata, program terbabit bertujuan memupuk kesedaran bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) ekoran kesedaran berhubung penyakit itu masih di tahap rendah dalam kalangan masyarakat.

“Melalui lawatan rumah ke rumah ini, peserta akan menghadapi ujian seringan kesihatan asas seperti tekanan darah, paras gula dan indeks jisim badan (BMI).

“Pada masa sama, warga Selangor yang berisiko menghidapi NCD dinasihatkan untuk ke Klinik Kesihatan atau hospital yang terdekat,” katanya.

Terdahulu, program sehari itu disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.


Pengarang :