SELANGOR

Program mesra rakyat medium dekati masyarakat

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

PETALING JAYA, 21 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Program Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, sempena sambutan Hari Bumi Sedunia, di Dewan Komuniti Damansara Damai, hari ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Sayuti Bakar berkata, program itu mampu mampu mewujudkan hubungan kejiranan yang harmoni selain memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Pprogram sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara jiran blok perumahan supaya mereka mengenali antara satu sama lain dan akhirnya mengikatkan ukhwah persahabatan lebih erat.

“Kita berharap program sama akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya ketika merasmikan program itu, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping; Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anuar; Ahli Majlis Zon Satu MBPJ, Suriase A/L Gengiah dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Aznan Hassan.

Katanya, program itu juga adalah salah satu tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan MBPJ terhadap komuniti setempat.

 


Pengarang :