NASIONAL

Ringgit dibuka rendah didorong ekonomi kurang memberangsangkan

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini berikutan data ekonomi kurang memberangsangkan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada paras 4.1175/1225 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1160 semasa ditutup pada Khamis .

Ketua strategi perdagangan dan pemasaran SPI Asset Management Stephen Innes berkata indeks pengeluaran perindustrian Malaysia (IPI) yang berkembang 1.7 peratus tahun ke tahun pada Februari, mencatatkan pertumbuhan paling perlahan sejak Jun 2018, memandangkan indeks sektor perkilangan dan sektor elektrik berkembang lebih perlahan manakala perlombongan mencatatkan penurunan ketara.

“Ringgit mencatatkan penyusutan ketara berikutan keadaan domestik merosot, yang menjadi mangsa perang perdagangan Amerika Syarikat-China,” katanya.

Menerukkan lagi penyusutan ringgit, beliau berkata adalah kejatuhan harga minyak berikutan desas-desus di pasaran bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) akan meningkatkan bekalan jika harga terus meningkat.

Ringgit, bagaimanapun diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0356 / 0404 daripada 3.0383 / 0417 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6839 / 6887 daripada 3.7008 / 7048.

Ringgit naik berbanding pound British kepada 5.3775 / 3844 daripada 5.3826 / 3883 tetapi menyusut i berbanding euro kepada 4.6450 / 6510 daripada 4.6367 / 6428. -BERNAMA


Pengarang :