Ringgit didagang dalam jajaran kecil minggu depan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit didagang dalam jajaran kecil minggu depan

KUALA LUMPUR, 6 APARIL: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, berada di paras semasa berbanding dolar US pada minggu depan susulan dipengaruhi faktor luaran, kata peniaga.

Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata, data inflasi Amerika Syarikat pada Mac lepas dan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell pada minggu depan akan memaparkan banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah negara maju itu yang berpotensi meningkatkan pergerakan dolar US.

“Data perdagangan China bagi Mac yang akan diumumkan pada akhir minggu depan juga akan dipengaruhi oleh perkembangan rundingan AS-China yang dapat meningkatkan sentimen risiko dan positif bagi mata wang Asia, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.


Di peringkat tempatan, Lukman berkata tumpuan khusus akan diberikan terhadap Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) dan data jualan pembuatan yang dijangka diumumkan pada 11 April ini.

“Pengumuman data IPI Malaysia bagi Februari berkemungkinan memberi sokongan kepada ringgit sekiranya membabitkan kejutan positif,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar US akibat kekurangan permintaan, terutamanya disebabkan oleh pengukuhan indeks teknikal dolar US, penyusutan harga minyak serta unjuran pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.

Pada asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit susut kepada 4.0870/0900 daripada 4.0800/0850 berbanding dolar US.

Ringgit bagaimanapun, didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, pada minggu lalu.

Ia rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0182/0207 daripada 3.0086/0128, sebelum ini dan susut berbanding euro kepada 4.5889/5927 daripada 4.5737/5809 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3458/3509 daripada 5.3122/3203.

Ringgit sebaliknya meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6583/6613 daripada 3.6820/6872, sebelum ini. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next